Kalau dah beli, boleh terus guna ke?
Ya. Boleh terus log masuk serta-merta selepas pembayaran berjaya.
Bagaimana saya dapatkan akses aplikasi ini selepas pembayaran?
Ibu ayah akan menerima akses melalui e-mel atau WhatsApp yang didaftarkan semasa membuat pembelian.
Kalau saya ada 3 orang anak, boleh guna aplikasi ini serentak?
Ya. Tiada had penggunaan. Anda boleh menggunakan aplikasi ini pada beberapa peranti pada masa yang sama.
Anak saya ramai. Macam mana nak pastikan prestasi mereka tak bercampur?
Jangan risau. Setiap anak mempunyai profil masing-masing, jadi semua rekod dan prestasi akan diasingkan.
Kalau anak dah habis jawab semua topik, akan ada soalan baru?
Ya. Semua soalan dijana secara automatik. Setiap hari akan ada set soalan baharu, jadi anak-anak tidak akan mengulang soalan yang sama.
Boleh guna aplikasi ini tanpa internet?
Aplikasi ini memerlukan sambungan internet. Tiada sebarang iklan dalam aplikasi.
Perlu download aplikasi atau software?
Tidak perlu. Aplikasi ini adalah web-based. Anda hanya perlu buka melalui browser dan boleh simpan di Home Screen seperti aplikasi biasa.
Boleh guna di PC atau Laptop?
Ya. Boleh digunakan pada telefon, tablet, iPad, laptop dan juga PC.
Adakah kandungan selaras dengan kurikulum sekolah?
Ya. Kandungan dirujuk berdasarkan KSSR (Kementerian Pendidikan Malaysia). Sesuai untuk sekolah kebangsaan, tahfiz, swasta dan homeschool.
Boleh akses sampai bila?
Seumur hidup. Bayar sekali sahaja. Tiada yuran bulanan dan tiada langganan berulang. Anak bongsu juga boleh menggunakannya apabila sudah besar.